? ??????????????Loving Maddness? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 2181 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Shhh... Listen? ????? ?? ???Rating: 4.5 (2 Ratings)??0 Grabs Today. 2097 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, October 2, 2009

“REMAJA ASET NEGARA, TUNJANG PEMBANGUNAN BANGSA”.

1.0 PENDAHULUAN.

Perkembangan era dunia globalisasi abad ini secara amnya telah menbawa satu arus pembangunan dan perubahan dalam institusi masyarakat dunia dan khususnya di negara kita sendiri. Walaubagaimana pun, kemajuan dan perkembangan yang ada tidak bermakna kerana generasi muda yang menjadi peneraju terjerumus dalam masalah sosial yang kini semakin meruncing. Masalah buli yang kian berleluasa di kalangan remaja masa kini telah membuka minda pelbagai pihak mengembleng tenaga dan usaha mencari jalan penyelsaian mengekang masalah ini dari berleluasa.
[1] Permasalahan ini dilihat semakin teruk berlaku di sekolah, mengikut National Assosiation Of School Psychologist, buli dikatakan sebagai pengalaman biasa kepada orang ramai kanak-kanak yang sedang membesar.Menurut kajian yang dilakukan, seorang dari tujuh kanak-kanak sekolah adalah mereka yang menjadi mangsa buli.Sekurang-kurangnya,5 juta kanak-kanak telah melaluinya sama ada menjadi pembuli ataupun mangsa buli.(dipetik dalam Mohd.Shah A’Shaari & Azman Ibrahim,2006:i).
Walau bagaimana pun, semua orang berpotensi untuk menjadi mangsa buli kerana ia tidak mengira umur atau jantina dan boleh berlaku dimana-mana sahaja. Perbuatan membuli ini mendatangkan ketidak selesaan dan kesan negatif dari segi mental dan fizikal pada mereka yang menjadi mangsa, malahan trauma yang dialami kekal hingga ke akhir hayat. Sehinggakan membentuk jati diri dan perkembangan tingkah laku yang buruk samada menjadi seorang pembuli dan mengulangi perbuatan yang sama terhadap orang lain ataupun mendorong kepada perbuatan bunuh diri. Persoalannya,mengapa perbuatan membuli rakan sebaya yang lemah dan tidak bersalah ini terjadi? Apakah punca yang mendorong seseorang itu membuli?




2.0 DEFINISI BULI
Buli dapat didefinisikan dengan beberapa maksud seperti:
2.1. Individu yang menunjukkan menggunakan kekuatan atau kuasa mereka untuk menyakiti atau menakutkan orang lain.
2.2. Perbuatan menyakat atau berkelakuan seperti orang kuat yang mengasari dan menindas orang lemah.
2.3. Pembuli ialah individu yang cenderung untuk menggangu, menyusahkan atau menyeksa orang lain (mangsa). Pembuli selalunya adalah kanak-kanak atau individu yang lebih senior, mempunyai fizikal yang lebih besar atau kuat dan terdiri daripada mereka yang mempunyai kuasa sosial dan menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka.
2.4. Menurut pendapat para pengkaji dari Asas Persekolahan Malaysia iaitu Dr.Noran Fauziah Yaakub, Dr.Rajendran Nagappan dan Ahmad Jazimin Jusoh, buli ditakrifkan sebagai sesuatu perbuatan yang terjadi secara berulang-ulang dan pembuli tersebut berniat untuk menyakiti mangsa secara fizikal atau psikologi.(dipetik dalam Mohd.Shah A’Shaari & Azman Ibrahim,2006:1). [2]
2.5. Buli juga ditafsirkan sebagai perbuatan jenayah atau pun perbuatan jahat yang dilakukan oleh seorang atau secara berkumpulan melalui pelbagai cara termasuk tingkah laku yang berbeza seperti serangan fizikal, bahasa (panggilan nama, ejekan), peras ugut dan sebagainya. [3]
.
a. Contoh perbuatan buli dikalangan remaja lelaki (http//search.mywebsearch.com)


2.5.0. Contoh-contoh kes buli dalam dan luar negara.
Acap kali kita didedahkan dengan paparan berita-berita kes buli samada dari dalam dan luar negara, kes-kes yang dilaporkan meyedarkan semua bahawa masalah ini perlu ditangani sewajarnya. Berikut merupakan contoh-contoh kes buli yang dilaporkan:
2.5.1 [4]Pertengahan tahun 2007 yang lepas, akhbar-akhbar utama negara seperti Utusan Melayu, Berita Harian dan Harian Metro mepaparkan berita tentang dua orang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Agama Haji Mohd. Yatim (SMAHMY), Hulu Gadong, Rembau Negeri Sembilan yang meninggal dunia digilis kereta api, mereka bersama lima rakan yang lain outing di antara waktu Maghrib dan Isyak telah tidur di landasan kereta api kerana mengelak daripada di ragging senior asrama sekolah itu. Mangsa, Mohd. Hafiz Adnan, 14, dari Setapak, Kuala Lumpur dan Fazrul Asri Zulkifli, 14, dari Taman Medan, Petaling Jaya meninggal dunia di tempat kejadian. Menurut rakan mereka yang terselamat, mereka ke landasan kerana takut dipukul senior.*
b. Rakan-rakan mangsa, di bawah adalah gambar Allahyarham Fazrul Asri Zulkifli dan Mohd. Hafiz Adnan.(daripada http://utusan.com.my/utusan/content.asp?)
2.5.2 [5]Mac tahun 2004, Mohamed Farid Ibrahim, 16 tahun telah meninggal dunia akibat pendarahan dalaman selepas cedera parah dipukul dan dipijak lapan pelajar senior di Dom Osman, Asrama Putera SMADKPM, sebuah sekolah agama di Seremban pada 28 Mac 2004. Sehubungan dengan itu, pada April 2004 Kementerian Pelajaran mengumumkan penubuhan Jawatan Kuasa Petugas Khas bagi menangani samseng dan buli di sekolah yang disertai Ketua Polis Negara, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) serta Persatuan Ibu bapa dan Guru Nasional (PIBGN).

[6]Fenomena buli ini turut berleluasa di negara-negara besar, misalnya di United Kingdom. Perbuatan buli yang berlaku di sana sangat teruk sehinggakan mendorong kepada perbuatan membunuh diri di kalangan mangsa seperti Kelly Yeomans 16 tahun yang mempunyai bentuk badan yang gemuk dijadikan bahan jenaka,ejekan dan kejian oleh rakan-rakan sekolahnya, dia sering di lempar telur mentah, mentega, kek dan kadang kala batu.Gadis tersebut mengalami tekanan perasaan yang teruk sehinggakan bertekad untuk membunuh diri.
2.5.3 [7]Begitu juga contoh kes bunuh diri yang berlaku Amerika Syarikat mangsa pelajar lelaki, Jared Benjamin High 13 tahun yang membunuh diri pada 29 September 1998 kerana mengalami tekanan jiwa dan perasaan yang teruk kerana dibuli setiap hari di sekolahnya. Kisah yang berlaku pada kanak-kanak malang ini telah memberi iktibar dan pengajaran kepada pelbagai pihak di negara itu dengan penubuhan website mengenainya, yang mana turut menjadi saluran perkongsian pendapat dan perbincangan secara umum untuk mencari jalan penyelsaian dan membendung masalah ini.


c. Gambar mendiang Jared Benjamin High, mangsa buli yang membunuh diri. (daripada http//www.jeradstory.com/)

Jika dilihat dari pada contoh terkini, khususnya dalam negara kita sendiri masalah ini teruk berlaku di sekolah di mana tempat untuk menimba ilmu pengetahuan. Timbul persoalan sampai bilakah perbuatan ini akan berakhir? Dikhuatiri jika budaya buli ini tidak dihapuskan, masyarakat kita akan terus berdepan dengan perlakuan ganas pelajar dalam beberapa tahun yang akan datang dan tidak mustahil ia akan terus berulang kembali.


3.0 MENGENALI JENIS-JENIS BULI, SIAPA PEMBULI DAN MANGSA BULI.

Mengikut Datin Dr.Noran Fauziah Yaakub, Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), buli terbahagi kepada lima jenis iaitu buli fizikal, buli bahasa, buli isyarat, peras ugut dan memulau. .(dipetik dalam Mohd.Shah A’Shaari & Azman Ibrahim,2006:1).[8]
3.0.1. Buli fizikal - perlakuan memukul, menumbuk, menolak dan sebagainya sehingga mengakibatkan kecederaan.
3.0.2. Buli bahasa- menjadikan bahasa sebagai medium untuk menyampaikan maksud di hati dengan mengejek panggilan nama, memfitnah atau sebaliknya.
3.0.3. Buli isyarat- perbuatan menggunakan isyarat seperti menjelir lidah, menjegil mata atau menggunakan bahasa badan yang lain. Perbuatan ini tidak terlalu serius tetapi jika berlanjutan, akan menberi kesan psikologi kepada mangsa.
3.0.4. Buli peras ugut- peras ugut adalah perilaku buli yang paling sinonim di kalangan remaja, contohnya perbuatan meminta duit, menyuruh membuat kerja rumah, meminta barangan atau seumpamanya sehinggakan mangsa terdesak terpaksa memberi atau melakukan sesuatu tanpa kerelaan hatinya kerana takut dikasari oleh pembuli.
3.0.5. Buli memulau- perbuatan memulau berlaku sekiranya individu itu tidak diterima sebagai ahli dalam sebuah kumpulan, kerana tidak mempunyai persamaan atau pun mempunyai tingkah laku yang berbeza dengan ahli kumpulan tersebut. Mangsa buli turut dipanggil dengan gelaran yang kurang menyenangkan dan diugut serta dimalukan dikhalayak ramai.

d. Illustrasi buli daripada http//search.mywebsearch.com
3.1 [9]Mangsa buli.
3.1.1 Remaja yang sering menjadi mangsa ialah pelajar baru yang bertukar sekolah, biasanya pelajar lama akan membuli pelajar baru dengan alasan sebagai salam pengenalan.Walau bagaimana pun, perbuatan mereka melampaui batas hingga mendera atau pun membuli.
3.1.2 Pelajar yang disayangi guru, golongan ini berisiko untuk menjadi mangsa kerana kelebihan yang mereka ada akan mengundang rasa cemburu pelajar lain yang inginkan perhatian yang sama.
3.1.3 Pelajar junior yang tinggal di asrama biasanya menjadi sasaran dalam kes buli ini, junior yang berkeras hati tidak menuruti kehendak senior akan diancam dan dipukul. Misalnya, jika mereka enggan melakukan perkara yang disuruh seperti membasuh baju, membawakan makanan atau meminjamkan barang mereka akan didenda atau dihukum.
3.1.4 Pelajar yang mempunyai fizikal dan saiz badan yang kecil turut dibuli kerana pembuli beranggapan mereka tidak berani melawan.

Namun apa yang menyedihkan ialah terdapat juga mangsa buli yang terdiri daripada pelajar yang datang daripada keluarga yang susah dan menjadi harapan untuk mengubah nasib keluarga, malangnya turut menjadi mangsa perbuatan yang tidak bermoral ini. Jika kita peka dengan perkembangan semasa berkenaan dengan perkara ini, mangsa buli turut terdiri daripada pelajar yang berdisiplin, mempunyai prestasi yang baik dalam pelajaran dan disukai guru, juga menjadi mangsa buli.Kesan trauma tekanan perasaan yang dialami mangsa membuatkan wujudnya perasaan dendam terhadap orang lain dengan tujuan untuk mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli ini turut menjadikan mangsa hilang keyakinan diri dan hilang semangat untuk hidup.Dari segi kesan dalaman, mangsa hilang keyakinan diri dengan membiarkan diri diperlakukan apa sahaja. Tidak mahu ke sekolah dan sanggup mencederakan diri sendiri sehingga ke tahap perbuatan membunuh diri, seperti mana yang berlaku pada Jared Benjamin Hight remaja berusia 13 tahun, yang membunuh diri kerana tertekan.Remaja ini adalah salah satu contoh daripada puluhan lagi mangsa yang tertekan sehingga ke tahap ingin membunuh diri, tetapi di Malaysia belum ada kes kronik seperti ini dilaporkan.


3.2 Pembuli.
3.2.1 Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan enam yang tergolong dalam kategori pelajar nakal atau mempunyai masalah disiplin dan biasanya pelajar lelaki.
3.2.2 Mereka bertubuh besar, tegap dan tinggi yang cenderung melanggar undang-undang disiplin sekolah dan membuli untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
3.2.3 Melibatkan kumpulan pelajar berusia sebaya yang dipengaruhi hasad dengki pada kejayaan dan kelebihan yang tidak mereka miliki.
3.2.4 Kadang kala terdiri daripada pelajar senior yang menunjukkan kekuatan, rasa berkuasa dan hebat setelah berjaya membuli junior mereka.

Tindakan pembuli terhadap mangsa jelas tidak berperikemanusiaan, jika permintaan atau arahan mereka tidak dipatuhi mereka akan bertindak di luar kawal seperti memukul dan membelasah mangsa tanpa memikirkan kesan dan akibat yang bakal mereka tanggung di atas kesalahan yang mereka lakukan. Mereka mengambil kesempatan di atas kelemahan yang ada pada mangsa kerana mereka tahu mangsa tidak mampu melawan, mereka kemudianya akan mengugut mangsa agar berdiam diri jika tidak ingin disakiti lagi.
[10]Kebanyakan kes buli yang berlaku tidak laporkan kerana mangsa tidak berani untuk tampil mengadukan apa yang mereka alami, namun apa yang agak mengecewakan kebanyakan kes buli dilaporkan banyak berlaku dikalangan pelajar sekolah agama berbanding sekolah lain sehingga membawa kematian.

e.Contoh gambar buli daripada http//search.mywebsearch.com

4.0 FAKTOR & PENYEBAB BERLAKUNYA PERBUATAN BULI.
[11]Terdapat beberapa faktor dominan yang menyebabkan berlakunya perbuatan buli ini, faktor utama adalah kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga mereka, sesetengah pembuli tergolong dalam keluarga yang berada dan mewah tetapi diabaikan sehingga menyebabkan mereka tertekan seterusnya membuli untuk menghilangkan tekanan yang dihadapi. Begitu juga sebaliknya, perbuatan buli terjadi disebabkan oleh tekanan akibat persekitaran hidup yang susah dikalangan individu pelajar yang dibelenggu kemiskinan.
Faktor kedua ialah tindakan buli yang dilakukkan oleh pelajar yang mengalami perasaan tidak puas hati terhadap guru yang pilih kasih dengan mengutamakan pelajar yang cemerlang sahaja. Selain hanya terikut-ikut dengan pengaruh rakan-rakan, tanpa menghiraukan kesan buruk akibat perbuatan tersebut.
[12]Faktor lain adalah kecenderungan membuli dalam diri pelajar timbul akibat pengaruh media massa, menurut pendapat Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye, hiburan kartun ganas turut menjadi salah satu sebab remaja sekolah cenderung menjadi agresif dengan meniru adegan-adegan pertarungan dan unsur-unsur ganas yang dipaparkan dalam televisyen, komik dan sebagainya.(dipetik dalam Mohd.Shah A’Shaari & Azman Ibrahim,2006:hal,36)
Secara amnya perbuatan buli ini terjadi tidak mengira waktu dan tempat, biasanya berlaku ketika waktu persekolahan dan waktu luar sekolah. Akibat salah faham dan tiada yang beralah di antara kedua-dua pihak, kes buli akan berlanjutan dari kawasan sekolah hingga ke waktu malam, seperti mana yang berlaku dikalangan pelajar yang tinggal di asrama.Selain daripada itu, lantaran dorongan niat hanya ingin membuli sekadar suka-suka sahaja akhirnya terlanjur mengikut kehendak hati membuli rakan-rakan mereka yang lemah, pelajar senior lebih cenderung untuk membuli kerana ingin dihormati sebagai pelajar senior yang ditakuti. Malahan, perasaan cemburu dan bosan yang menguasai diri menjadikan mereka hilang pertimbangan perikemanusiaan lalu menggunakan kekuatan fizikal yang ada membuli tanpa memikirkan sekiranya diri mereka juga diperlakukkan sedemikian rupa.
Berikut adalah hasil kajian yang dilakukkan oleh Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia , Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dijalankan pada tahun 2004 meliputi 2,528 murid di 29 sekolah di

Perak iaitu Ipoh, Kuala Kangsar, Sungai Siput, Teluk Intan dan beberapa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dengan masing-masing sebanyak 750 dan 950 responden manakala pembahagian jantina pula ialah 51.2 peratus murid lelaki dan 48.8 peratus murid perempuan.(dipetik dalam Mohd.Shah A’Shaari & Azman Ibrahim,2006:1).[13]
Hasil kajian beliau menunjukkan kejadian buli di kantin dan padang sekolah di negara ini yang mencatatkan masing-masing 18.0 peratus dan 17.4 peratus kejadian. Kejadian buli juga banyak berlaku di tempat-tempat seperti semasa pelajar pulang dari sekolah (23.9 peratus), koridor kelas (16.6 peratus), perjalanan ke sekolah (13.1 peratus), perhimpunan (10.70 peratus) dan tandas (11.7 peratus). .(dipetik dalam Mohd.Shah A’Shaari & Azman Ibrahim,2006:1).[14] Kajianya turut mendapati hanya 8.6 peratus sahaja murid yang tidak pernah menjadi mangsa buli dan 14.5 peratus pelajar tidak pernah membuli.
5.0 KESAN PERBUATAN BULI.
Lazimnya sekolah merupakan tempat untuk menimba ilmu pengetahuan, dahulunya sinonim dengan persekitaran yang harmoni yang memberi keselesaan sewaktu menuntut ilmu tanpa sebarang ganguan dan kekacauan. Tetapi situasi berbeza terpaksa dihadapi oleh pelajar sekarang, sehinggakan ada di antara pelajar yang takut untuk ke sekolah kerana tergugat dengan tingkah laku agresif pelajar lain. Sekiranya perkara ini tidak dibendung ia akan menjadi satu budaya negatif yang menjadi ikutan khususnya dikalangan pelajar sekolah hingga ke generasi yang akan datang. Kesan-kesan buli secara umumnya adalah seperti berikut :
5.0.1. Melahirkan generasi yang memiliki sifat-sifat ganas dan kehilangan rasa perikemanusiaan lalu cenderung menindas orang lain sehingga terbawa-bawa ke peringkat umur yang akan datang.
5.0.2. Kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara terjejas bukanya dari anasir luar tetapi dari generasi sendiri yang bakal menggantikan pucuk pimpinan akan datang.
5.0.3. Kredibiliti pengurusan sistem pentadbiran sekolah akan dipertikaikan oleh orang awam di atas peranan dan kemampuan mereka mengawal disiplin pelajar.
Jelas terbukti perbuatan buli ini sememangnya mendatangkan kesan yang buruk pada diri sendiri, masyarakat dan negara.


6.0 CARA MENGATASI BULI.
Pelbagai pihak tercari-cari punca berlakunya kegiatan ini, malahan adakalanya pihak sekolah, ibu bapa dan guru-guru saling menunding jari dan menyalahi sesama sendiri. Walau bagaimana pun, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini melalui peranan penting di peringkat pelbagai pihak seperti:
6.0.1[15] Di peringkat kerajaan- Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi misalnya telah menekankan beberapa aspek yang berikut:
6.0.1.1.Kakitangan dan pengurusan sekolah- mengadakan lebih banyak kursus bimbingan dan kaunseling serta kursus Kepimpinan dan Perancangan Strategik untuk guru besar dan pengetua.
6.0.1.2.Perundangan dan Penguatkuasaan- memantapkan Peruntukan dan Penguatkuasaan Peraturan dan Undang-Undang di dalam dan luar sekolah.
6.0.1.3.Pendekatan Psikologi dan Kesihatan- menjalankan Program Anti Buli untuk memupuk kesedaran murid tentang perbuatan buli dan Program Kemahiran Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja berisiko tinggi khas untuk guru bimbingan dan kaunseling.
6.0.1.4.Pendekatan Kemasyarakatan- mengembleng kerjasama daripada ibu bapa dan PIBG, NGO, agensi luar, wakil rakyat serta pentadbir sekolah untuk mendapatkan komitmen, kepakaran serta kemahiran daripada segenap lapisan masyarakat.

Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub juga merangkap Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, menyarankan beberapa tahap untuk menangani masalah buli iaitu:

6.0.2 [16]Di peringkat sekolah.
6.0.2.1 Mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, samada dari segi bentuk psikologi atau fizikal dengan cara mengedarkan borang soal selidik kepada pelajar berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga boleh menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Identiti pelajar perlulah dirahsiakan untuk mendapatkan respons paling tinggi tentang perkara ini.
6.0.2.2[17] Melaksanakan peraturan mengenai buli dengan menampal poster antibuli di sekolah, mengedarkan risalah antibuli yang mengandungi maklumat tentang konsep buli,cara mudah menangani insiden buli, siapa yang sepatutnya di hubungi apabila berlaku kes buli, misalnya talian hotline buli 1-800-884774 kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa.
6.0.2.3 Mengenakan hukuman dan tindakan disiplin yang sewajarnya kepada pembuli, seperti merotan dan buang sekolah.
6.0.2.4 Memanfaatkan teknologi yang sedia ada dengan menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah-sekolah secara tidak langsung dapat mengekang kejadian gengsterisme.
6.0.2.5 Mewujudkan satu jawatankuasa penyelaras program antibuli peringkat sekolah yang berperanan mengurus program dan menilai keberkesananya. Dengan melibatkan pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa, dan wakil pelajar sebagai ahli yang akan berperanan mengurus program antibuli dan membuat penilaian di atas keberkesanannya.
6.0.2.6 Memastikan perbincangan tentang masalah buli dimasukan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) sekolah.
6.0.3 Di peringkat kelas.
6.0.3.1 Mewujudkan satu peraturan dalam kelas berkaitan dengan toleransi sifar tentang buli. Peraturan tersebut mestilah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli (psikologi dan fizikal), dan hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor melakukannya.
6.0.3.2 Satu cara yang mudah dengan memberikan senarai peraturan berkenaan tingkah laku buli untuk ditandatangani oleh pelajar dan ibu bapa dan satu salinan disimpan dalam fail pelajar. Ini merupakan tingkah laku antara pelajar dan ibu bapa atau penjaga dengan sekolah. Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa bersama pelajar di dalam kelas.

6.0.4 Di peringkat individu.
6.0.4.1 Tahap ini akan melibatkan pembuli dan mangsa, jawatankuasa penyelaras antibuli perlu mengambil inisiatif dengan mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah tersebut dengan turut melibatkan ibu bapa atau penjaga mereka.
6.0.4.2[18] Selain itu, guru kaunseling juga bolehlah mengadakan sesi yang memainkan peranan terhadap tingkah laku empati (daya menyelami dan memahami perasaan dan emosi orang lain) atau tidak agresif dengan pembuli. Latihan pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa.

7.0 PENUTUP

Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi perbuatan buli ini banyak mengundang natijah yang negatif pada diri sendiri, masyarakat dan juga negara. Seharusnya kita sepakat dalam menyelsaikan dan mengekang permasalahan ini daripada terus berlaku. Mereka yang terlibat menjadi mangsa patut diberikan perlindungan dan sokongan moral bagaimana mengelakkan diri mereka dari terus menjadi mangsa. Selain dari pada itu, golongan yang menjadi pembuli ini tidak sepatutnya diabaikan begitu sahaja lantaran daripada perbuatan ,mereka yang jahat itu, bagi yang bersalah perlu dihukum dengan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan selain dari pada memberi galakan yang positif agar sikap dan tingkah laku buruk mereka yang terlibat ini berubah..
Pendedahan umum tentang kesalahan melakukkan perbuatan ini, patut diwar-warkan dengan lebih luas di segenap lapisan masyarakat samada bandar dan luar bandar. Masyarakat amnya, perlu peka dan sentiasa ambil tahu perkembangan anak-anak mereka di rumah atau pun sekolah. Keperihatinan terhadap tingkah laku dan kebajikan mereka dapat membantu memebendung masalah ini daripada terus berleluasa, Remaja adalah tunggak negara, kegagalan membentuk sahsiah diri yang baik akan menjejaskan kepimpinan negara kelak, oleh itu marilah kita bersama menanamkan jati diri yang mulia ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.



8.0 BIBLIOGRAFI.

Mohd. Shah A’Shaari & Azman Ibrahim,2006. Buli, apa yang anda perlu tahu.Kuala Lumpur : Terbitan ABS TINTA.
http://ms.wikipedia.org./wiki/Buli#
http//search.mywebsearch.com
http//frontpage.BBCNews.Uk:1998
http//www.jaredstory.com/
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?















[1] Mohd.Shah A’Shaari & Azman Ibrahim 2006,hal:i-ii
[2] Mohd.Shah A’Shaari & Azman Ibrahim 2006,hal:4
[3] http://ms.wikipedia.org./wiki/Buli#
[4] http://utusan.com.my/utusan/content.asp?
[5] Utusan Melayu, 30 Mac 2004
[6] http//frontpage.BBCNews.Uk:1998
[7] http//www.jaredstory.com/
[8] Mohd.Shah A’Shaari & Azman Ibrahim 2006,hal:12-15
[9] http://ms.wikipedia.org./wiki/Buli#
[10] Mohd.Shah A’Shaari & Azman Ibrahim 2006,hal:12
[11] http://ms.wikipedia.org./wiki/Buli#
[12] Mohd.Shah A’Shaari & Azman Ibrahim 2006,hal:36
[13] Mohd.Shah A’Shaari & Azman Ibrahim 2006,hal:29-30
[14] Mohd.Shah A’Shaari & Azman Ibrahim 2006,hal:29-30
[15] Mohd.Shah A’Shaari & Azman Ibrahim 2006,hal:46
[16] http://ms.wikipedia.org./wiki/Buli#
[17] http://ms.wikipedia.org./wiki/Buli#
[18] http://ms.wikipedia.org./wiki/Buli#

Wednesday, September 30, 2009

KAUM IRRANUN DI SABAH DAN ADAT BETANG DALAM UPACARA PERKAHWINAN.

PENGENALAN.
1Masyarakat Irranun majoritinya menduduki bahagian pantai barat Sabah, khususnya di sekitar kawasan pinggir dan 10 hingga 15 kilometer dari pantai daerah Kota Belud. Kaum ini merupakan kumpulan etnik yang ketiga paling banyak dalam daerah ini.2 Dari segi perspektif sejarah kaum Irranun dipercayai berasal dari Kepulauan Mindanao di selatan Filipina, dahulunya mereka mendiami dua kawasan utama di Tasik Lanao dan Teluk Illana. Masyarakat kaum Irranun bertutur dalam bahasa ibunda yang dibawa dari Mindanao sebagai bahasa harian, manakala Bahasa melayu digunakan sebagai lingua Franca yang menghubungkan masyarakat ini dengan kaum lain. Selain itu, kaum ini menjalankan kegiatan utama pertanian dan menangkap ikan untuk menyara hidup sejak turun temurun lagi. Manakala, agama Islam yang dianuti dan diwarisi sejak dari Mindanao lagi mejadi pegangan hidup yang jitu kaum Irranun.
Adat,tradisi dan kepercayaan kaum Irranun telah sebati dalam diri setelah sekian lama lalu menjadi satu lambang keunikan identiti dan perpaduan kaum yang unik serta unggul diturunkan dari generasi ke satu generasi yang membawa perpaduan dalam masyarakat Irranun. 3Sejak penghijrahan dari Kepulauan Mindanao, adat istiadat tersebut masih diamalkan sehingga kini, adat ini dinamakan adat warisan. Penentuan kedudukan seseorang dalam mengikut adat masyarakat Irranun amat tegas, perbuatan melanggar adat ini diibaratkan sebagai sesuatu yang sumbang dan menyeleweng.
1
Dalam masyarakat Irranun juga, telah pun termaktub adat istiadat mengikut status sosial seseorang itu sendiri. Misalnya, adat dikalangan golongan datu berbeza dengan golongan orang kebanyakan. Perbezaan adat ini menjadi ketetapan, sehinggakan sesiapa yang menjalankan sesuatu upacara ataupun keraian yang melebihi adat yang telah ditetapkan untuk keturunanya, maka orang terlibat dianggap sebagai mengada-ngada dan mencabuli adat istiadat Irranun disamping menjadi bahan kutukan orang lain, malahan boleh didenda mengikut hukum adat kerana mengangkat sesuatu yang bukan tarafnya.
ADAT BETANG UNTUK GOLONGAN DATU DAN SYARIF DALAM MAJLIS PERKAHWINAN KAUM IRRANUN.
Dalam masyarakat Irranun seperti mana kaum lain yang diberkati dengan cahaya keislaman, tetap berpegang teguh dengan landasan ajaran Islam yang sebenar. Perkahwinan menyatukan dua hati mengikut hukum syarak, seorang lelaki Islam boleh mempunyai empat orang isteri. Sememangnya ada di antara lelaki Irranun yang mempunyai isteri lebih daripada seorang. 4Penentuan adat istiadat dalam perkahwinan kaum Irranun mengikut keturunan dan kedudukan seseorang itu, perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas dalam upacara Betang iaitu hantaran dari pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan. Adat Besar ini, dikhususkan untuk golongan Datu atau Syarif, apabila anak perempuan golongan Datu atau Syarif disunting pihak lelaki hendaklah menyediakan 15 pikul, setiap satu pikul dinilai dengan satu ekor kerbau atau wang ringgit. Satu pikul daripada 15 pikul ini diberikan kepada bapa saudara perempuan sebagai pelit.
2
Pihak lelaki perlu menyediakan 10 ekor lembu, walau bagaimana pun, jumlah ini boleh digantikan dengan wang ringgit. Seterusnya, satu pikul sewaka yang dinilai dengan wang dan diberikan kepada nenek perempuan sebelah emak pihak perempuan.
5Adat Besar ini disusuli dengan adat a-lima-lima pikul atau dikenali sebagai adat berlima, adat ini dilaksanakan sewaktu rombongan pengantin lelaki tiba dalam upacara persandingan. Satu pikul pengerang diberikan kepada tetamu khas yang menyambut ketibaan pengantin lelaki, satu pikul pagayanan khusus untuk kaum wanita yang menghias pelamin. Seterusnya, satu pikul sa-panggau diberikan kepada pembuat katil dan satu pikul lamina bayaran untuk membuka galung (tali pinggang pengantin perempuan), diberikan kepada mak andam wanita dan diikuti dengan satu pikul pagupaiwan yang dibayar sekiranya pengantin lelaki dari golongan biasa atau lebih rendah keturunanya daripada pengantin perempuan, pagupaiwan ini diberikan kepada mak andam pengantin lelaki.
Penelitian yang dijalankan terhadap aspek adat resam dan upacara masyarakat kaum Irranun membuktikan kewujudan sistem hubungan sosial yang sangat erat berlandaskan kerjasama dan gotong royong antara satu sama lain, dikalangan Datu-datu mahu pun orang kebanyakan. Dalam upacara Betang satu pikul dari adat turut diberikan kepada Datu-datu yang terlibat membincangkan adat, manakala satu pikul getas a-rirai dibayar khusus untuk adat-adat yang telah diputuskan apabila kedua belah pihak telah sepakat dan mencapai persetujuan dalam perbincangan yang telah diadakan. Akhir sekali, dua pikul masing-untuk tukang masak dalam majlis keramaian dan untuk waris-waris, saudara mara serta jemputan rasmi yang datang dari jauh dan dekat.
3
Adat Betang sedikit sebanyak menggambarkan keunikan dan kelainan yang tedapat dalam adat dan tradisi masyarakat Irranun. Aspek Betang itu sendiri dapat memelihara keakraban hubungan sesama anggota masyarakat, sikap berkerjasama setiakawan dan rasa hormat digambarkan dengan jelas melalui pemberian pikul mampu mengeratkan lagi hubungan sesama anggota masyarakat khusus dalam melaksanakan majlis perkahwinan yang dirancang berjalan dengan lancar.
Adat dan tradisi yang tersendiri ini telah menjadi pegangan sejak turun temurun akan terus berkekalan untuk generasi yang akan datang. Penekanan dan penerapan sifat-sifat yang luhur, secara tidak lansung akan memartabatkan anggota masyarakat Irranun sepanjang zaman.
1 Sumber: Website designed and maintained by Unisons System, 2002-2006 Borneo Mainland Travel and Tours
Sdn.Bhd.
2 Dr. Datu Bandira bin Alang, Irranun dan sejarah adat tradisi 1992.
3 Dr. Datu Bandira bin Alang, Irranun dan sejarah adat tradisi 1992.
4 Dr. Datu Bandira bin Alang, Irranun dan sejarah adat tradisi 1992.
5 Dr. Datu Bandira bin Alang, Irranun dan sejarah adat tradisi 1992.